Wednesday, September 13, 2006

i'm still grieving and getting over the death of my grandma and the pains tat come along wif it. i just wanna share a little something, a few excerpts from the talqin at her burial. it seems to put me at a peace of mind everytime i listen to it. here it goes:

"....tiada tuhan selain allah. tiada sekutu baginya.
Dia yg menghidupkan, dan dia yg mematikan.dan allah senantiasa hidup tiada matinya.
maha suci allah yg bersifat qidam dan baqa'
maha suci allah yg menjadikan hidup dan mati sebagai menguji siapa yg baik
dan siapa yg bakal kecundang.
maha suci allah yg menjadikan kubur kubur ini sebesar besar pengajaran
untuk diambil iktibar oleh kita yg masih hidup.

sebagaimana allah s.w.t telah berfirman dalam Al-quran:
setiap yg hidup pasti akan menemui kematian dan akan disempurnakan
segala amalnya di hari kiamat nanti.
maka barang siapa yg terselamat dari azab api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,
maka sesungguhnya mereka itulah orang orang yg telah berjaya.

hidup di dunia tidak lain, hanyalah hiburan, kelalaian dan yg sangat sangat memperdayakan.
dari itu hendaklah kita semua ingat, barang siapa siapa yg melanggar
perintah perintah allah, terutamanya dalam mengerjakan solat fardhu, yg telah diwajibkan,
maka sesungguhnya semua amalan yg dilakukannya setelah itu tidak diterima allah s.w.t
hendaklah kita periksa dan perbaiki amalan kita, pertingkatkan iman dan ilmu.

setiap makhluk atas muka bumi ini akan jahanam dan binasa kecuali allah s.w.t
ketahuilah kita, bahawasanya dari tanah ini kita telah diciptakan oleh allah s.w.t
semata mata untuk kita beribadah kepadanya, untuk bertasbih dan memuji-mujinya,
untuk melakukan segala yg diperintahkannya dan menjauhi segala larangannya.

dan kepada tanah, kelak kita akan dikembalikan dan kemudian
akan menjadi makanan kepada ulat ulat.dan kemudian daripada tanah ini,
kita akan diciptakan sekali lagi, di padang masyar, untuk mendapat balasan,
atas apa yg telah kita usahakan dimuka bumi ini.

wahai jasad yg telah disemadikan, telah selesai sgala kewajiban kamu di atas muka bumi ini
yg hanya besifat sementara waktu sahaja, sekarang kamu berada seorang diri,
didalam lapisan bumi, seperti mana mereka yg telah kembali
kepadaNya terlebih dahulu daripada kamu.
semasa hayat kamu, kamu berpegang dgn kalimah iman:
Laa illaha illallah;
tiada tuhan selain allah, tiada sekutu baginya.
tiada satu makhluk di atas muka bumi ini lebih berkuasa kecuali kuasa mutlak allah s.w.t
kamu juga berpegang dgn kalimah amalnya, yakni:
muhammadasarullullah
hanya dgn sunah sunah rasullulah s.a.w saja yg membawa kehidupan,
kejayaan hidup, dunia dan akhirat

wahai hamba allah yg sedang mendengar, sebentar lagi kamu akan lihat dgn penuh keyakinan
atas keterangan dan janji janji allah; yg terdapat didalam al-quran dimana kamu baca
dan kamu fahami isi kandungannya, yg mana kamu amalkan perintah perintahnya,
dan yg mana kamu sampaikan kepada lain untuk mengamalkannya.

wahai hamba allah yg sedang mendengar, sebentar lagi akan datang kepada kamu dua malaikat
untuk menguji kamu atas amalan amalan yg kamu lakukan di atas muka bumi ini.
maka jgn kamu rasa takut, kerana segala amalan yg kamu lakukan, yg akan membantu menjawab
segala segala soalan yg akan dikemukakan oleh dua para malaikat itu.

dan ingatlah kita semua, bahawa satu hari nanti kita semua akan berada didalam alam barzakh ini
dan bila berada di alam barzakh dan manusia semua meninggalkan kita, kita pasti
didatangi oleh dua malaikat yg akan bertanya soalan soalan bagi manguji segala kehidupan kita
di dunia ini.

dan diantaranya, kita akan ditanya:
"marabbuka"; siapa tuhan kamu?
sekiranya kita berpegang tauhid kepada allah s.w.t, tidak menyekutukanNya, melakukan perintahNya,
mengutamakanNya dalam segala apa yg kita lakukan dimuka bumi ini, maka dgn mudah akan menjawab:
"Allahurabbi"; Allah tuhanku.

kemudian kita akan ditanya lagi:
"siapa nabi kamu?"
insyallah, sepanjang hayat kita mengamalkan sunah sunah rasullullah s.a.w,
barulah kita akan dapat jawab:
"muhammad rasullullah s.a.w adalah nabi ku.

kemudian kita akan ditanya lagi:
"apa imam dan ikutan mu?"
seandainya sepanjang hayat kita membaca al-quran, mengamalkan perintah perintahnya,memahaminya
dan menyebarkannya kepada yg lain ajarannya untuk mengamalkannya, insyallah kita akan menjawab:
"al-quran adalah imam dan pegangan ku"

kemudian kita akan ditanya lagi:
"dimana kiblat kamu?"
seandainya sepanjang hayat kita tidak meninggalkan solat, kita mengadap kiblat untuk
bersujud kepada allah s.w.t, maka dgn senang kita akan menjawab:
"baitullah adalah kiblat ku"

akhir sekali kita akan ditanya:
"siapa saudara saudara kamu?"
sepanjang hayat kita, bersilaturrahim, menyayangi atara satu sama lain, membantu satu sama yg lain,
tidak berhasad dengki,menyatukan hati kita, bukan dgn orang2 kafir, tapi hanya dgn orang orang yg beriman,
maka kita akan menjawab:
"umat umat islam dan orang orang beriman adalah saudaraku"

dan banyak lagi soalan soalan yg akan dikemukakan tetapi kita tidak ketahui sekarang,
tetapi tak usahlah kita fikirkan kerana segala amalan kita akan dapat membantu untuk menjawab soalan
soalan itu kerana jasad kita akan dimakan bumi, hanya roh kita yg akan mengadap allah s.w.t

ingatlah, talqin ini untuk kita semua, kerana kita semua akan masuk kedalam satu lubang ini,
kita tidak tahu bila. hari ini mungkin kita kunjung, besok lusa mungkin salah satu lubang ini
adalah milik kita, tapi yg penting sekali, nabi dan al-quran allah jadikan di muka bumi ini,
tidak ada di alam barzakh, tiada nabi lagi, tiada al-quran lagi, tandaya; kita buat amal sekarang di bumi,
di dalam sini tempat ujian saja."

djinn

x it's the time of death x @9:39 PM

Comments: Post a Comment